something stupid o.O
THE YOUNG LADY

navigation? ada di sebalik gambar perempuan comel pakai spect tu :3 maaf atas penggunaan "AKU" untuk yang lebih berusia :)


Diaries Owner Linkies Stuff

ASSALAMUALAIKUM, FATINI JEFFRI. MUGGLES BORN HAHA. ISLAM. MALAYSIAN. YOUNG. NOT A TERRORIST :)

Instagram


GOSSIPS

 Online Users


CREDITS

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: NinieFatini
Others:   

new life baby

hai, assalamualaikum abe abe, akok akok, mokcik pokcik hahah sihat? okay, i know some of you having flu, almaklumlah cuaca tak menentu and i admit sekarang panas panas panas panasnya mentari, tak sepanasnya cintaku ini. hahah hamboih, dangdut kau nyah. harap masa puasa tak panas macam sekarang. sepertinya blog ini sudah lama tidakku bukak. blog i ada yang menjaga youuuu :3 thanks to orang hitam yang menari tu kerana telah menjaga blog ini selama ketiadaanku, thanks bro, buddiezz forevahhh. kami buddiez takkan terpisah. 

okay dah, stop mengarut. last entry aku cerita pasal result PMR. lupakan benda yang dah lepas and alhamdulillah tak kena bodoh dengan pengetua alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. hahah sekarang masa focus for next year SPM. btw, result SPM last year ada peningkatan, alhamdulillah MRSM Tun Ghazali Shafie di tempat ke 19 out of 42 MRSM. congratulationssss *bigclap*

392680_447093545366425_1529314629_n_large

sekarang masuk cerita batch aku. first intake perempuan masuk 5 orang je saja sahaja dah selebihnya lelaki and that awkward situation occured. selama ni dah biasa lelaki batch kitaorang sikit. it was like a culture shock :o tapi budak baru okay je tapi ada sorang ni, kitaorang satu batch tak suka dia hahahahah we call her KAK YONG. sebab apa panggil dia mcm tu sebab dia cakap budak sekolah lama dia panggil dia kak yong, yelah taiko raub KONONNYA taiko raub hotak kau. dan si taiko raub tu suka buat benda yang memalukan diri sendiri dan dia mencari publisiti murahan dan dia sangat kuajaqqqq. yelah, taiko kena kuajaqqq pffftttt godaiii man godaiiiii. btw, i dapat classmate baru and one of them is Abdul Muqsit. okay, tengok gambor bawoh tu yak.


haaaaa tengok dia hensenggg je macam waldo. nama dia Muqsit tapi kitaorang panggil dia Abu. muka dia ada iras Firdaus Rosli, alah form5 last year tu, takkan lah you all tak kenal. memang korang tak kenal pun dia. okay, lupakan yang penting dia hensenggg. lagi lagi budak baru kelas aku, Syila, Nyot, Adzmi, Iqbal, Fakhrul, Bob, Peng, haaaaa peng ni teman artis kelas, kalau kitaorang menyanyi, dia akan join sekali. hahahah lagi lagi, oh, Mas, budak ni entah lah, aku tak suka sangat sebab dia errrrr dah, malas nak cakap apa apa pasal dia.

i think that's all for tonight. banyak lagi benda nak cerita tapi dah malas nak menaip. nad, pulak tak sabar nak baca blog burok aku ni. sakai pompuan. 
okaylah, maaf andai ada tersilap atau terkasar bahasa ataupun bahasa tunggang langgang, english grammar terabur.
bye, assalamualaikum, kiss ikit :* muahhh hahahah

Terkenang (part 2)

hai, assalamualaikum. kali ni nak sambung cerita semalam. before that, macam biasalah please generously click HERE .semalam aku dah cerita sampai form2 tapi tak habis lagi. aku dah cakap masa form2 ialah zaman kegemilangan. banyak lah cerita jadinya.

Tumblr_mdrfopuftd1qlmppmo1_500_large

ok, meh sini koi sambung cerita masa form2. kali ni ye bodoh dan agak kesian. ada satu malam tu bosan sangat sangat, dah lah susah nak tidur malam tu. so, malam tu aku lepak dengan beberapa orang kawan aku dekat ironing room aras Melor yakni floor atas Kenanga. memandangkan malam tu bosan sangat, aku ajak diaorang lepak dekat ampaian. malam yang sama, form1 masa tu yakni form2 tahun ni ada perjumpaan sampai pukul 2 pagi. entah hape diaorang bincangkan aku pun tak tahu. kitaorang pun lepak, borak, dengar lagu bagai. masa kitaorang lepak tu, nampak budak form1 baru turun dari surau, baru habis perjumpaan. kitaorang tengok lah dari pagar dekat ampaian tu. dari pagar tu memang boleh nampak ke luar aspuri. masa kitaorang duk intai budak form1 balik dari perjumpaan tu, ada sorang dari budak form1 tu perasan kitaorang duduk kat pagar tu. lepas tu dia bagi tahu kawan dia kut, ramai lah yang nengoknye. kitaorang pun pelik lah. "pahal pulak budak budak ni pandang pandang, tunjuk tunjuk kat kitaorang?" kitaorang ingatkan takde apa, kitaorang balik bilik semula. lepas kitaorang balik bilik, dengar cerita, kecoh, pelajar putera masuk aspuri.*hah, pelajar putera masuk asrama puteri?* and i was like, what???bila bila?? kenapa kitaorang tak nampak pun masa lepak?? dengar cerita lagi, budak form1 cakap diaorang nampak dekat pagar kat ampaian. sah, memang kitaorang. budak form1 ingat kitaorang pelajar putera ==' lol. tak lama lepas dengar cerita tu, malam yang sama jugak, ada budak form1 ketuk pintu bilik, dia cakap "kak, bangun kak, ada aspura masuk aspuri." kitaorang pun, "oh, hah ye lah." lepas budak tu blah, kitaorang gelak. "hahah. bodoh betul budak ni. kalau ye pun ada budak laki, takkan lah dia nak duduk kat tempat yang terang benderang tu. hahah, pikiaq pakai otak sikit boleh dak? haha." habis kecoh satu maktab. keluar semua warden. budak laki sampai ada rollcall tengah tengah malam buta tu sampai pukul 4 pagi. weh, diaorang tak bersalah =.= . dan pada malam yang sama juga, dengar cerita budak laki yang masuk asrama puteri tu pakai sweater hijau bintang bintang. man! that's me -,-. aku pakai sweater hijau masa tu tapi bukan bintang bintang, kotak kotak. tapi kalau dari jauh memang corak kotak kotak tu nampak macam bintang -,-. haihhh, kesian budak laki kena rollcall sampai pukul 4 pagi, hahah.

Dream in the sky

still in form2, malam yang entah hape hape. ada satu malam, semua pelajar puteri kena rollcall sampai pukul 2 pagi. malam tu ada rollcall sebab ada budak yang spray dinding asrama. tak tahu sapa yang buat. tu yang warden buat rollcall tu. warden cakap "selagi takde sapa yang mengaku dia yang buat, saya takkan benarkan kamu balik bilik." kitaorang dah "haishhh, cepat ah mengaku doh. malas betul aku nak berdiri lama lama -,-" dah lama sangat, warden dah bengang. kitaorang disuruh baring atas jalan tar, dataran aspuri tu. "cepat! semua! baring cepat!" dah lah masa tu baru lepas hujan. tak, masa tu pun memang tengah hujan, hujan renyai. so, jalan basah ah. nak tak nak kena baring jugak. akhirnya, warden bagi kitaorang balik bilik pukul 2. dah takde orang mengaku. warden cakap "kalau malu nak mengaku, text saya, bagi tahu kamu buat, kalau tak, esok rollcall macam ni lagi." kitaorang pun balik dengan baju yang basah lepas dah golek golek atas jalan basah =..=

random heart

tak habis lagi cerita form2. cerita ni masa hujung minggu, hari ahad sebab masa tu gotong royong. hari tu, bilik aku dengan bilik kawan aku bertugas cuci toilet. hahaha *yeayyyy main air* suka betul koi cuci toilet --'  kalau kitaorang cuci memang cuci betul. sebelum kitaorang cuci tu, kitaorang dah jerit. "sapa sapa ada tinggal barang mandi dalam toilet sila ambil sebelum kitaorang buang!" dah berapa kali jerit takde orang ambik. yang tinggal barang mandi sekali dengan bakul mandi kitaorang letak luar toilet je. yang tinggal  seketul seketul tu kitaorang buang. ada sabun or syampoo yang boleh guna, kitaorang guna buat cuci lubang jamban sekali dengan lantai toilet. alah, balik balik diri sendiri jugak guna toilet tu, sedekah je lah. lepas tu, nampak satu syampoo ni. syampoo herbal essence tak silap aku. hmmm penuh lagi syampoo tu. kitaorang ambik buat cuci lubang jamban. bukan aku pun yang guna syampoo tu, budak yang kitaorang balas dendam tahun lepas =.= tak tahu pulak tuan punya syampoo tu nak lagi syampoo dia. kitaorang dah jerit, sapa suruh taknak ambik -,- tuan punya syampoo tu menangis youolls tahu. magoddd, nak buat apa ni?*hahah, buat bodoh* kena ah kitaorang. ok, we're sorry for that. mula ingat nak ganti. dah semua buat bodoh je, biar kelantak. tak berganti sampai sekarang hahaha.

Just a lonely girl *: Friends make the bad times good and the good times unforgettable.

ok, beralih ke form3 yakni tahun ini. hmmm form3 tak banyak cerita. banyak gaduh jah. gaduh dengan form5. goshhh gaduh dengan form5? takde lah gaduh bertumbuk. jarang ah perempuan gaduh naik tangan. kitaorang pakai mulut je. takde sapa sakit. lelaki ye ah bertumbuk bagai. haihhh. tapi dah berbaik dah. kitaorang ok je, tak tahu lah pulak form5 macam mana :/ gaduh pasal apa? aku rasa sebab gaduh tu tak perlu cerita kut. alah, benda bodoh je. kalau aku cerita nanti nampok ngat ah bodonye yedok? hahah. tahun ni jugak kitaorang berbaik dengan budak yang kitaorang balas dendam tahun lepas. kalau tak tahu cerita pasal balas dendam, memang kena baca entry sebelum entry ni :) hahah dah elok berbaik, dia buat hal balik. baru je. baru lagi, tak silap aku, tiga hari lepas. haihhhh dia ni dah balik perangai lama ah ni. memang nak kena bash. nak minum air jamban ke hah? dah tak tahu nak tulis apa pasal form3. sebab kebanyakan dah tulis dalam emtry sebelum sebelum ni. kalau korang nak baca boleh click SINI, SINI dan SINI :)

dah lah. lenguh dah tangan menaip. tangan dan jari saya memerlukan rehat yang cukup. eh, sebelum korang mengundur diri dari blog ni, sila click SINI sebagai tanda penghargaan saya dah menaip banyak banyak ni ye, walaupun korang tak suka cerita aku. hahaha, kesah apa aku. pffttt kidding =..=
assalamualaikum, bye, kiss sikit :*

keep calm and YOLO